Jumaat, 10 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Form 5

 Semasa di tingkatan 5 ni banyak sangat dugaan dan juga cabaran yang aku kena tempuh.... yang pertama korang tahu la peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , yang kedua  masalah dalaman keluarga, yang ketiga sukan yang aku sertai... dalam peperiksaan SPM aku telah mengambil sepuuh mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi,Matematik, Sains,Sejarah,Ekonomi,Perdangangan, Al-quran & Sunnah... Paling senang bagi aku ialah yang last tu.

Masa percubaan aku telah mendapat keputusan yang amat baik....aku mendapat pangkat 1 dengan 17 aggregate. dengan keputusan itu juga lah aku diterima masuk kesalah sebuah Kolej Islam yang bertempat di Melaka iaitu Kolej Islam Melaka.... dalam pada tahun yang sama juga ,hubungan aku dan bapaku menjadi renggang sebab mulut orang yang nak menjatuhkan keluarga kami... aku yang dulunya menjadi anak kesayangan bapaku kini menjdi renggang...mereka menuduh aku menyalah gunakan dadah,dan menuduh aku menjadi pengedar di kampung, sedangkan pada masa itu bukan kata dadah rokok pun aku hisap...


Di sebabkan kejadian itu aku tertekan , Peperiksaan hampir tiba aku masih lagi tertekan sehinggalah hari peperiksaan aku langsung tak boleh nak jawab soalan-soalan yang terhidang di hadapan ku.aku menjadi bingung dengan sikap bapaku yang langsung tidak mempercayai kata-kata aku yang sepatutnya melindungi aku daripada fitnah orang kampung.... sebulan selepas peperiksaan itu aku mendapat sepucuk surat dari Kolej Islam Melaka yang menawarkan untuk aku menyambung pelajaran di sana , tanpa berfikir panjang aku  menerima sahaja tawaran tersebut.Bidang yang ditawarkan adalah Pemasaran...pada tahun 1999  buat pertama kalinya dalam keluarga aku,akulah orang pertama menjejakkan kaki di IPT...so kita jumpa masa aku kat IPT nanti.................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan