Rabu, 25 Mei 2011

TAHUN 1980-AN-6

Haaaaa yang ini baru kisah aku....pada tahun 1989 aku di masukkan kesekolah .
SEK.KEB.PASIR PANJANG.. Aku telah di masukkan kekelas satu kuning(nama kelas aku) ..berjumpa dengan kawan-kawan yang baru menyeronokkan aku..ye lah budak-budak la katakan ..nama guru kelas aku nie cikgu hasnah.aku nak cerita pasal cikgu hasnah nie aku tak ingat..tapi yang membuatkan aku tak lupa sampai sekarang ialah,,,pada hari pertama aku masuk kelas satu kuning .aku telah berkenalan dengan seorang kawan bernama rudy..dan pada sesi  perkenalan pada hari itu aku pula tela dilantik oleh cikgu hasnah untuk menjadi ketua kelas...aku bukan nya tahu tugas ketua kelas sebab aku tak pernah skolah tadika....ye laa asas pun aku tak tahu....selepas waktu rehat....cikgu hasnah masuk lagi kekelas ,biasanya bila cikgu masuk kekelas ketua kelas akan memberikan salam pada cikgu dan diikuti dengan pelajar-pelajar yang lain....tapi aku tak ,aku asyik main kejar-kejar barsama kawan-kawan yang baru ku kenali....dan aku pula telah di lucutkan jawatan sebagai ketua kelas...tapi tak apalah aku bukannya tahu pun pasal semua tu.......

 

TAHUN 1980-AN-5

Setelah setahun menetap di kampung,kami sekeluarga mendapat berita yang ibu akan melahirkan anak  lagi, maka bertambahlah bilangan keluarga..ayah semakin kuat bekerja.kata ibu tidak kira siang malam ayah kelur pergi mencari rezeki...kali ini ayah menjadi nelayan kecil-kecilan dengan menangkul udang ditepi pantai....korang bayangkan kerja menangkul udang ketika itu pada waktu malam dan jalan yang di lalui untuk pergi kepantai hanyalah satu jalan sahaja iaitu jalan kubur...ayah terpaksa melintasi kawasan perkuburan untuk pergi kepantai...begitulah rutin harian sehingga ayah berjaya membeli sebuah sampan sendiri....

TAHUN 1980-AN-4

Kerja kampung amatlah memenatkan bapaku....tapi atas rasa tanggung jawab ...bapaku bekerja dengan rajin....berbagai kerja yang dia buat...mengait kelapa,mencari kerang ,bertukang dan macam-mam lagi yang aku pun tak tahu nak cakap....tapi itulah bapaku..seorang ayah yang aku bangga..kerana dia benar-benar bertanggungjawab keatas keluarga...

TAHUN 1980-AN-3

Pada tahun berikutnya iaitu 1983 genap umur aku setahun. aku tak tahu kenapa dan apa sebabnya...bapaku membawa kami sekeluarga pindah kekampung....PARIT 9 PASIR PANJANG SEKINCHAN SELANGOR....kampung bapaku...
Aku dibesarkan disitu besama abangku, menjalani kehidupan dikampung pada masa itu amatlah susah kata ibuku...yang telah menyewa rumah berhampiran dengan rumah nenek..kat ibu ayah telah buat macam-macam kerja kampung untuk menyara kami sekeluarga....

TAHUN 1980-AN-2

Setahu aku la...ibuku hanyalah seorang suri rumah tangga dan bapaku pula bekerja dengan bapa angkatku yangku panggil papa AZIZ..berniaga burger di sekitar kuala lumpur....aku tak pastilah kawasan mana diorang meniaga.....yang aku tau cuma area stadium merdeka yang ketika itu kawasan paling top kat
KUALA LUMPUR.....setiap hari aku semakin membesar...oh yer aku terlupa....aku ada seorang abang ...namanya MUKMIN...kami dilahirkan di tempat yang sama....kat bapaku....kami tinggal di Flat Sulaiman Court.....korang tau kat mana? menurut bapaku Flat tu dah tak wujud lagi....sebab telah diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan yang lain.....

TAHUN 1980-AN-1

Tanggal 29 mei 1982 aku dilahirkan ...di KUALA LUMPUR .........mungkin bapa dan juga ibuku berasa amat gembira mendapat bayi secomel aku tapi warna kulit agak berbeza kerana kata ibu aku ni gelap sedikit.......tapi mengikut cerita ibuku...selepas satu minggu ....warna kulit ku menjadi sangat cerah...kata ibu....ibu hairan mengapa aku bertukar menjadi cerah dengan secepat itu..korang rasa kenapa yer......????????????????????? itu kan kuasa yang maha esa....aper yang nak hairan kan....sebab dalam AL_QURAN  ada menyatakan kata-kata ALLAH..yang berbunyi 
(KUN FAYA KUN)...ertinya JADI MAKA JADILAH...............dan aku diberi nama 
MUKJAZZIN BIN HELMI