Selasa, 7 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Form 3

Tahun 1997 inilah masanya aku menduduki peperiksaan PMR ....takut ..bila dengar nak menghadapi peperiksaan....selama setahun aku belajar dan mengulangkaji pelajaran...aku tak berapa ingat sangat cerita-cerita yang menarik pada tahun ni...tapi ada la sikit yang aku boleh kongsikan...


Kalau tak silap aku la tahun nie aku juga telah menyertai pasukan sepak takraw bawah 15 tahun mewakili sekolah .pada peringkat daerah Sabak Bernam...dan sekolah aku telah menjuarai pertandingan masa tu...bila balik dengan membawa piala serta pingat kat leher banyak gak makwe-makwe yang beri perhatian kat kitorang,,,selepas memenangi pertandingan tu kami pula telah di tawarkan untuk mewakili daerah untuk keperingkat negeri...dan nasib memang menyebelahi kami. Sekali lagi kami di nobatkan Juara sukan Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor....

Bangga dengan pencapaian kami Juru latih telah membawa pasukan aku untuk makan angin kat salah sebuah Air Terjun Lata Kinjang kat Perak...seronok jangan cakap la...hehehehehehe...
Bila dah juara peringkat Negeri tu, pasukan aku telah di jemput oleh Juru latih daripada Pasukan Takraw Daerah Sabak Bernam untuk membuat pemilihan pemain dalam menyertai Sukan Selangor (SUKSES).alhamdulillah aku sekali lagi berjaya bersama dua lagi kawan aku...Rashid dan juga Khairil..

Selama menjalani latihan sebagai Atlit Sepak Takraw aku ni kurang mengulangkaji pelajaran..bila Peperiksaan dah dekat....menggelabah juga aku..banyak yang aku belum ulang kaji...korang mesti dapat bayangkan macam mana huru hara aku masa tue...siang malam pulak aku mengadap buku mengulangkaji.. Nasib baik lulus ...kalau tak bapak aku kata dia nak rebus bola takraw tu suruh aku makan...hahahahhahah...

Bila dah hujung2 tahun tu ...keputusan keluar.aku terlambat nak menghantar borang permohonan kat Sekolah Teknik Klang..apa lagi bising la bapak aku...so aku teruskan  form 4 aku kat sekolah yang sama..... so......... kita jumpa lagi kat cerita form 4 pulak.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan