Jumaat, 10 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Form 4

Selepas aku terlepas untuk ke Sekolah Teknik, Aku menyambung semula pelajaran di sekolah yang sama... Bezanya dengan Sekolah Menengah biasa di Sekolah Menengah Agama ialah peperiksaan di tingkatan 4, yang mana di Sekolah Menengah Agama ada peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang ini aku pening sikit la,sebab mata pelajarannya lebih menumpukan banyak bab-bab agama seperti Feqah,Tauhid,Ayat Hadith,dan Bahasa Arab Tinggi serta bahasa Arab komunikasi.

Dalam Peperiksaan ini keputusan yang terbaik atau pun kira A la... di panggil Mumtaz kalau 
B  Jayid Jiddan , C Jayid, D makbul... dan kalau tak lulus tu dipanggil Rasib...... yang ni  nasib baik aku dapat makbul ...kira lulus la...alhamdulillah, sebab aku memang lemah sangat bab agama, tu lah malu je ye tak nama sekolah agama,,,,hhehehehehe,,,

Dari sekolah lagi aku ni minat buat bisnes...ingat lagi aku masa time sukan sekolah je aku mesti tak miss berniaga nak cari duit tambahan la katakan,sukan pun aku sertai meniaga pun aku buat ... walaupun aku minat berniaga tapi aku pernah lari dari kolej kerana coz marketing... tapi belum sampai lagi cerita bab tu...sabar yer.. 

Berbalik cerita masa form 4 ni ,aku nak cerita bab sukan sepak takraw yang aku sertai ,aku telah bermain untuk pasukan Daerah Sabak Bernam untuk Sukan Selangor (SUKSES) yang diadakan di Daerah   Kuala Selangor.....Perlawan telah berlangsung di Dewan Dato Hormat ,Tanjong Karang....
                                                                                  
masa tu kalau tak silap perlawanan paling sengit masa bertemu dengan Pasukan dari Petaling Jaya... pasukan mereka terdiri dari Pemain untuk Skuad Sepak Takraw Negeri Selangor... Pasukan aku hanya menduduki tempat kedua sahaja... kira ok la sebab yang main masa tu bukan calang-calang semuanya hebat...


Sampai sini dulu tuk kali ini bersambung cerita masa aku form 5 nanti ...ha yang  tu banyak kisah yang boleh di jadikan teladan dan sempadan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan