Ahad, 5 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Edisi Sekolah Menengah Tingkatan Dua

Tahun 1995 aku telah naik ketingkatan 2  masa tu guru kelas aku Cikgu Azizan...dia ni pakwe cikgu aku semasa aku ditingkatan satu...Cikgu Nooraini..tapi aku tak nak lah cerita pasal diorang... masa aku di tingkatan dua aku ni mula lah pandai nak ada makwe macam orang lain Aku berkenalan dengan satu awek ni nama dia Nur Ain Binti Arshad masa tu dia baru sahaja masuk tingkatan satu...
Tapi perkenalan kami tak lama, Aku ber alih minat pada awek kelas sebelah nama dia Lustia Karena punya lah lawa macam awek dari negara arab... yang ini pun tak lama sebab aku bukannya pandai bab becinta ni pastu aku tengok kawan-kawan aku pun memang ramai yang suka kat dia ni... jadi aku buat keputusan untuk malas nak layan makwe lagi lagi pun cinta monyet je...
masa ditingkatan 2 ni ada seorang guru sandaran yang mengajar matematik... aku suka dengan mata pelajaran yang ini.cara dia mengajar memang senag nak masuk kepala otak aku ni... dia ni pelajar dari mesir... masa tu dia cuti semester...aku tak ingat lak berapa lama dia ngajar tapi lama la jugak oh ya... Nama dia Syukry Ahmad kitorang panggil dia nie Cikgu Cukie...kenangan paling best ngan Cikgu Cukie ni masa dia buat kelas tambahan kat balai raya ...setiap malam sabtu ...kalau tak silap aku la...ada satu malam tu masa pulang dari kelas dia ,aku terserempak dengan jelmaan syaitan yang menyerupai tiga ekor lembu..berwarna putih sedang naik dari tepi parit betul-betul dihadapan pintu jalan untuk ke kubur..tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu...tapi dek sebab percaya yang ALLAH sentiasa melindungi, aku beranikan diri menegur dan aku Azan waktu tu jelmaan tadi tu tetiba je hilang dari pandangan mata aku.yang lucunya bila dah lepas dari jelmaan tadi tu perasaan takut masih belum hilang aku pulas trotal minyak motor aku sampai rasa macam nak terputus tali minyak rasa motor aku tak laju jugak.....bila sampai depan umah aku boleh terlajak...tetiba jer laju....punya la takut...dah sampai umah mak aku pulak kunci pintu dari dalam...macam nak terkencing aku menunggu mak aku buka pintu....bila mak aku buka jer pintu di tengok muka aku pucat berpeluh peluh....
dia tanya kenapa.... aku punya takut terus masuk bilik dan terus tertidur...
esok masa bangun pagi je mak aku tanya kenapa malam tadi...aku punya lah tak larat nak buka mata...bila aku bangun jer melayang badan aku ni rupanya aku demam...aku pun cerita lah kat mak aku peristiwa yang aku alami malam tu.... mak aku ni pun best juga....
kejap je tersebar seluruh pelusuk kampung yang aku jumpa hantu.... zaman tu internet dah ada kat umah aku...hihihihihihi internet bergerak....la....

Ok lah aku sambung esok pulak ...mata dah ngantuk ni dah pukul 2.50 pagi...esok aku sambung tingkatan tiga pulak assalamualaikum.....selamat malam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan