Jumaat, 10 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Form 5

 Semasa di tingkatan 5 ni banyak sangat dugaan dan juga cabaran yang aku kena tempuh.... yang pertama korang tahu la peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , yang kedua  masalah dalaman keluarga, yang ketiga sukan yang aku sertai... dalam peperiksaan SPM aku telah mengambil sepuuh mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi,Matematik, Sains,Sejarah,Ekonomi,Perdangangan, Al-quran & Sunnah... Paling senang bagi aku ialah yang last tu.

Masa percubaan aku telah mendapat keputusan yang amat baik....aku mendapat pangkat 1 dengan 17 aggregate. dengan keputusan itu juga lah aku diterima masuk kesalah sebuah Kolej Islam yang bertempat di Melaka iaitu Kolej Islam Melaka.... dalam pada tahun yang sama juga ,hubungan aku dan bapaku menjadi renggang sebab mulut orang yang nak menjatuhkan keluarga kami... aku yang dulunya menjadi anak kesayangan bapaku kini menjdi renggang...mereka menuduh aku menyalah gunakan dadah,dan menuduh aku menjadi pengedar di kampung, sedangkan pada masa itu bukan kata dadah rokok pun aku hisap...


Di sebabkan kejadian itu aku tertekan , Peperiksaan hampir tiba aku masih lagi tertekan sehinggalah hari peperiksaan aku langsung tak boleh nak jawab soalan-soalan yang terhidang di hadapan ku.aku menjadi bingung dengan sikap bapaku yang langsung tidak mempercayai kata-kata aku yang sepatutnya melindungi aku daripada fitnah orang kampung.... sebulan selepas peperiksaan itu aku mendapat sepucuk surat dari Kolej Islam Melaka yang menawarkan untuk aku menyambung pelajaran di sana , tanpa berfikir panjang aku  menerima sahaja tawaran tersebut.Bidang yang ditawarkan adalah Pemasaran...pada tahun 1999  buat pertama kalinya dalam keluarga aku,akulah orang pertama menjejakkan kaki di IPT...so kita jumpa masa aku kat IPT nanti.................



Kisah Hidup Aku Form 4

Selepas aku terlepas untuk ke Sekolah Teknik, Aku menyambung semula pelajaran di sekolah yang sama... Bezanya dengan Sekolah Menengah biasa di Sekolah Menengah Agama ialah peperiksaan di tingkatan 4, yang mana di Sekolah Menengah Agama ada peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang ini aku pening sikit la,sebab mata pelajarannya lebih menumpukan banyak bab-bab agama seperti Feqah,Tauhid,Ayat Hadith,dan Bahasa Arab Tinggi serta bahasa Arab komunikasi.

Dalam Peperiksaan ini keputusan yang terbaik atau pun kira A la... di panggil Mumtaz kalau 
B  Jayid Jiddan , C Jayid, D makbul... dan kalau tak lulus tu dipanggil Rasib...... yang ni  nasib baik aku dapat makbul ...kira lulus la...alhamdulillah, sebab aku memang lemah sangat bab agama, tu lah malu je ye tak nama sekolah agama,,,,hhehehehehe,,,

Dari sekolah lagi aku ni minat buat bisnes...ingat lagi aku masa time sukan sekolah je aku mesti tak miss berniaga nak cari duit tambahan la katakan,sukan pun aku sertai meniaga pun aku buat ... walaupun aku minat berniaga tapi aku pernah lari dari kolej kerana coz marketing... tapi belum sampai lagi cerita bab tu...sabar yer.. 

Berbalik cerita masa form 4 ni ,aku nak cerita bab sukan sepak takraw yang aku sertai ,aku telah bermain untuk pasukan Daerah Sabak Bernam untuk Sukan Selangor (SUKSES) yang diadakan di Daerah   Kuala Selangor.....Perlawan telah berlangsung di Dewan Dato Hormat ,Tanjong Karang....
                                                                                  
masa tu kalau tak silap perlawanan paling sengit masa bertemu dengan Pasukan dari Petaling Jaya... pasukan mereka terdiri dari Pemain untuk Skuad Sepak Takraw Negeri Selangor... Pasukan aku hanya menduduki tempat kedua sahaja... kira ok la sebab yang main masa tu bukan calang-calang semuanya hebat...


Sampai sini dulu tuk kali ini bersambung cerita masa aku form 5 nanti ...ha yang  tu banyak kisah yang boleh di jadikan teladan dan sempadan.....

Selasa, 7 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Form 3

Tahun 1997 inilah masanya aku menduduki peperiksaan PMR ....takut ..bila dengar nak menghadapi peperiksaan....selama setahun aku belajar dan mengulangkaji pelajaran...aku tak berapa ingat sangat cerita-cerita yang menarik pada tahun ni...tapi ada la sikit yang aku boleh kongsikan...


Kalau tak silap aku la tahun nie aku juga telah menyertai pasukan sepak takraw bawah 15 tahun mewakili sekolah .pada peringkat daerah Sabak Bernam...dan sekolah aku telah menjuarai pertandingan masa tu...bila balik dengan membawa piala serta pingat kat leher banyak gak makwe-makwe yang beri perhatian kat kitorang,,,selepas memenangi pertandingan tu kami pula telah di tawarkan untuk mewakili daerah untuk keperingkat negeri...dan nasib memang menyebelahi kami. Sekali lagi kami di nobatkan Juara sukan Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor....

Bangga dengan pencapaian kami Juru latih telah membawa pasukan aku untuk makan angin kat salah sebuah Air Terjun Lata Kinjang kat Perak...seronok jangan cakap la...hehehehehehe...
Bila dah juara peringkat Negeri tu, pasukan aku telah di jemput oleh Juru latih daripada Pasukan Takraw Daerah Sabak Bernam untuk membuat pemilihan pemain dalam menyertai Sukan Selangor (SUKSES).alhamdulillah aku sekali lagi berjaya bersama dua lagi kawan aku...Rashid dan juga Khairil..

Selama menjalani latihan sebagai Atlit Sepak Takraw aku ni kurang mengulangkaji pelajaran..bila Peperiksaan dah dekat....menggelabah juga aku..banyak yang aku belum ulang kaji...korang mesti dapat bayangkan macam mana huru hara aku masa tue...siang malam pulak aku mengadap buku mengulangkaji.. Nasib baik lulus ...kalau tak bapak aku kata dia nak rebus bola takraw tu suruh aku makan...hahahahhahah...

Bila dah hujung2 tahun tu ...keputusan keluar.aku terlambat nak menghantar borang permohonan kat Sekolah Teknik Klang..apa lagi bising la bapak aku...so aku teruskan  form 4 aku kat sekolah yang sama..... so......... kita jumpa lagi kat cerita form 4 pulak.....

Ahad, 5 Jun 2011

Kisah Hidup Aku Edisi Sekolah Menengah Tingkatan Dua

Tahun 1995 aku telah naik ketingkatan 2  masa tu guru kelas aku Cikgu Azizan...dia ni pakwe cikgu aku semasa aku ditingkatan satu...Cikgu Nooraini..tapi aku tak nak lah cerita pasal diorang... masa aku di tingkatan dua aku ni mula lah pandai nak ada makwe macam orang lain Aku berkenalan dengan satu awek ni nama dia Nur Ain Binti Arshad masa tu dia baru sahaja masuk tingkatan satu...
Tapi perkenalan kami tak lama, Aku ber alih minat pada awek kelas sebelah nama dia Lustia Karena punya lah lawa macam awek dari negara arab... yang ini pun tak lama sebab aku bukannya pandai bab becinta ni pastu aku tengok kawan-kawan aku pun memang ramai yang suka kat dia ni... jadi aku buat keputusan untuk malas nak layan makwe lagi lagi pun cinta monyet je...
masa ditingkatan 2 ni ada seorang guru sandaran yang mengajar matematik... aku suka dengan mata pelajaran yang ini.cara dia mengajar memang senag nak masuk kepala otak aku ni... dia ni pelajar dari mesir... masa tu dia cuti semester...aku tak ingat lak berapa lama dia ngajar tapi lama la jugak oh ya... Nama dia Syukry Ahmad kitorang panggil dia nie Cikgu Cukie...kenangan paling best ngan Cikgu Cukie ni masa dia buat kelas tambahan kat balai raya ...setiap malam sabtu ...kalau tak silap aku la...ada satu malam tu masa pulang dari kelas dia ,aku terserempak dengan jelmaan syaitan yang menyerupai tiga ekor lembu..berwarna putih sedang naik dari tepi parit betul-betul dihadapan pintu jalan untuk ke kubur..tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu...tapi dek sebab percaya yang ALLAH sentiasa melindungi, aku beranikan diri menegur dan aku Azan waktu tu jelmaan tadi tu tetiba je hilang dari pandangan mata aku.yang lucunya bila dah lepas dari jelmaan tadi tu perasaan takut masih belum hilang aku pulas trotal minyak motor aku sampai rasa macam nak terputus tali minyak rasa motor aku tak laju jugak.....bila sampai depan umah aku boleh terlajak...tetiba jer laju....punya la takut...dah sampai umah mak aku pulak kunci pintu dari dalam...macam nak terkencing aku menunggu mak aku buka pintu....bila mak aku buka jer pintu di tengok muka aku pucat berpeluh peluh....
dia tanya kenapa.... aku punya takut terus masuk bilik dan terus tertidur...
esok masa bangun pagi je mak aku tanya kenapa malam tadi...aku punya lah tak larat nak buka mata...bila aku bangun jer melayang badan aku ni rupanya aku demam...aku pun cerita lah kat mak aku peristiwa yang aku alami malam tu.... mak aku ni pun best juga....
kejap je tersebar seluruh pelusuk kampung yang aku jumpa hantu.... zaman tu internet dah ada kat umah aku...hihihihihihi internet bergerak....la....

Ok lah aku sambung esok pulak ...mata dah ngantuk ni dah pukul 2.50 pagi...esok aku sambung tingkatan tiga pulak assalamualaikum.....selamat malam....

Kisah Hidup Aku Edisi Sekolah Menengah Tingkatan Satu

Setelah habis pembelajaran aku disekolah rendah dulu .....aku menyambung pelajaran  di SEKOLAH AGAMA MENENGAH PEKAN PASIR PANJANG.... ha... kat sini aku dapat lagi ramai kawan baru yang mana semuanya nak belajar agama...aku di tempatkan di kelas tingkatan satu (b) kurang ckit la pandai nya...sebab ada lagi yang lebih pandai... masa tue tak silap aku guru kelas namanya cikgu Nooraini...dia nie guru Sains .cikgu lawa....la jugak masa tue anak dara lagi..hihihiiiii tapi korang nak tau dia nie mak aiiiii garang siot... walaupun dia garang tapi dia ni sebenarnya baik...diantara nama2 cikgu yang garang  pada masa tu  ermmmmm.... Cikgu Haslan Wagiman,Cikgu Yusoff Mohamad ha yang nie dua-dua dah pernah jadi penolong kanan guru besar.... Guru disiplin pun diorang juga

Garang-garang diorang nie pun dah banyak aku terhutang budi kat diorang...erm....tapi walaupun diorang garang tapi ngan aku tak pernah pulak kena marah yang kena marah selalunya kawan-kawan aku jer...
Aku ingat lagi masa mata pelajaran matematik yang ngajar masa tue Cikgu Haslan.... kelas mula-mula  pada hari selasa... aku tengok ada dua orang kawan kelas aku belum lagi masuk ke kelas.. namanya Kamal Ariffin dan Abdul Latif diorang nie biasanya letak motor diorang kat umah ketua kampung.... dan habit diorang nie mengisap rokok sebelum masuk sekolah..waktu pembelajaran dah pun 15 minit berlalu muka diorang nie tak nampak jugak...tak lama lepas tu baru muncul..yang si Kamal nieterus pergi ketempat duduk selepas memberi salam yang sorang lagi tu salam siap cium tangan cikgu...yang tu buat diorang kantoi .Lambat kekelas rupa-rupanya mengisap rokok...yang lucunya cikgu tak marah tapi cikgu belanja diorang rokok sorang lima batang tapi kena isap kelima-lima tue serentak...macam nak mati aku tengok muka diorang hahahahahhahahahahah merah padam... 
Hari deme hari aku belajar di sekolah aku tak sedar dah nak periksa.... punya lah study bagai nak gila macam nak amik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  ..ye lah study sampai lewat malam pastu dengan study group ngan kawan-kawan.....
Bila time peperiksaan aku dengan selamber menjawab bak kata orang dulu-dulu kacang lah....alhamdulillah lulus semua mata pelajaran cuma Bahasa Arab je yang atas pagar nasib baik tak jatuh kegaung....maksud gagal lah...tapi aku lulus jugak....

Jumaat, 3 Jun 2011

KISAH HIDUP AKU- 1990

    Selama setahun berada di kelas darjah satu , aku hanya tahu pergi ke sekolah untuk bermain dengan kawan-kawan..Bila masuk sahaja di kelas darjah dua barulah aku mula mahu belajar...Walaupun aku asyik main saja di sekolah namun aku di kurniakan otak yang bijak la kata ko....semasa aku di kelas darjah dua banyak mata pelajaran yang aku rasa mudah sebab aku dah tak main-main lagi didalam kelas seperti tahun yang lepas.aku banyak menumpukan perhatian aku pada pelajaran,dan setiap cuti sabtu dan ahad aku suka mengikut bapaku bekerja ...aku jadi anak kesayangan tau masa tu...keputusan peperiksaan darjah dua sangat lah bagus sehingga aku di hadiahkan sebuah basikal oleh bapaku..seronoknya tuhan saja yang tahu...dengan basikal baru itu lah aku pergi kesekolah,cemburu kawan-kawan aku tau tengok basikal aku yang kilat tu...bangga aku..setelah mendapat basikal itu juga lah pembelajaran aku makin merosot..bila pulang dari sekolah aje aku terus kerumah kawan-kawan aku mengajak mereka jalan-jalan,pelajaran ntah kemana..... akhirnya keputusan masa darjah tiga hancussss....aku kena marah kaw2 ngan bapak aku...bila masuk darjah empat aku di tempatkan di dalam kelas sederhana pandainya....demi menebus kesilapan tahun lepas aku belajar bersungguh2...sampai lah aku kembali kekelas pandai didalam darjah lima...huhuhuhu...
              Semasa didalam darjah lima tu aku telah terpilih untuk menyertai satu kuiz matematik ...ye lah aku ni memang tip top dalam kira-kira, seingat aku soalan yang diberikan ada seratus soalan  dan harus di jawab dalam masa setengah jam....bayangkan kalau korang leh ke buat?....tapi aku sempat jawab hanya 97 soalan jer.kira ok lah tu...aku dapat tempat yang ke-2 alhamdulillah aku di hadiahkan pingat perak bserta buku matematik yang masih aku simpan lagi kat umah bapak aku kat kampung...masa darjah enam aku menduduki pepriksaan UPSR...keputusan nya ok lah cuma dapat 2A 2B.....dapat tawaran asrama ...aku tak mau...sebab nanti jauh ngan mak bapak aku....jadi aku dimasukkan kesekolah AGAMA MENENGAH PEKAN PASIR PANJANG. ok lah sampai sini dulu....BERSAMBUNG CERITA MASA AKU KAT SEKOLAH MENENGAH NANTI....

Rabu, 25 Mei 2011

TAHUN 1980-AN-6

Haaaaa yang ini baru kisah aku....pada tahun 1989 aku di masukkan kesekolah .
SEK.KEB.PASIR PANJANG.. Aku telah di masukkan kekelas satu kuning(nama kelas aku) ..berjumpa dengan kawan-kawan yang baru menyeronokkan aku..ye lah budak-budak la katakan ..nama guru kelas aku nie cikgu hasnah.aku nak cerita pasal cikgu hasnah nie aku tak ingat..tapi yang membuatkan aku tak lupa sampai sekarang ialah,,,pada hari pertama aku masuk kelas satu kuning .aku telah berkenalan dengan seorang kawan bernama rudy..dan pada sesi  perkenalan pada hari itu aku pula tela dilantik oleh cikgu hasnah untuk menjadi ketua kelas...aku bukan nya tahu tugas ketua kelas sebab aku tak pernah skolah tadika....ye laa asas pun aku tak tahu....selepas waktu rehat....cikgu hasnah masuk lagi kekelas ,biasanya bila cikgu masuk kekelas ketua kelas akan memberikan salam pada cikgu dan diikuti dengan pelajar-pelajar yang lain....tapi aku tak ,aku asyik main kejar-kejar barsama kawan-kawan yang baru ku kenali....dan aku pula telah di lucutkan jawatan sebagai ketua kelas...tapi tak apalah aku bukannya tahu pun pasal semua tu.......

 

TAHUN 1980-AN-5

Setelah setahun menetap di kampung,kami sekeluarga mendapat berita yang ibu akan melahirkan anak  lagi, maka bertambahlah bilangan keluarga..ayah semakin kuat bekerja.kata ibu tidak kira siang malam ayah kelur pergi mencari rezeki...kali ini ayah menjadi nelayan kecil-kecilan dengan menangkul udang ditepi pantai....korang bayangkan kerja menangkul udang ketika itu pada waktu malam dan jalan yang di lalui untuk pergi kepantai hanyalah satu jalan sahaja iaitu jalan kubur...ayah terpaksa melintasi kawasan perkuburan untuk pergi kepantai...begitulah rutin harian sehingga ayah berjaya membeli sebuah sampan sendiri....

TAHUN 1980-AN-4

Kerja kampung amatlah memenatkan bapaku....tapi atas rasa tanggung jawab ...bapaku bekerja dengan rajin....berbagai kerja yang dia buat...mengait kelapa,mencari kerang ,bertukang dan macam-mam lagi yang aku pun tak tahu nak cakap....tapi itulah bapaku..seorang ayah yang aku bangga..kerana dia benar-benar bertanggungjawab keatas keluarga...

TAHUN 1980-AN-3

Pada tahun berikutnya iaitu 1983 genap umur aku setahun. aku tak tahu kenapa dan apa sebabnya...bapaku membawa kami sekeluarga pindah kekampung....PARIT 9 PASIR PANJANG SEKINCHAN SELANGOR....kampung bapaku...
Aku dibesarkan disitu besama abangku, menjalani kehidupan dikampung pada masa itu amatlah susah kata ibuku...yang telah menyewa rumah berhampiran dengan rumah nenek..kat ibu ayah telah buat macam-macam kerja kampung untuk menyara kami sekeluarga....

TAHUN 1980-AN-2

Setahu aku la...ibuku hanyalah seorang suri rumah tangga dan bapaku pula bekerja dengan bapa angkatku yangku panggil papa AZIZ..berniaga burger di sekitar kuala lumpur....aku tak pastilah kawasan mana diorang meniaga.....yang aku tau cuma area stadium merdeka yang ketika itu kawasan paling top kat
KUALA LUMPUR.....setiap hari aku semakin membesar...oh yer aku terlupa....aku ada seorang abang ...namanya MUKMIN...kami dilahirkan di tempat yang sama....kat bapaku....kami tinggal di Flat Sulaiman Court.....korang tau kat mana? menurut bapaku Flat tu dah tak wujud lagi....sebab telah diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan yang lain.....

TAHUN 1980-AN-1

Tanggal 29 mei 1982 aku dilahirkan ...di KUALA LUMPUR .........mungkin bapa dan juga ibuku berasa amat gembira mendapat bayi secomel aku tapi warna kulit agak berbeza kerana kata ibu aku ni gelap sedikit.......tapi mengikut cerita ibuku...selepas satu minggu ....warna kulit ku menjadi sangat cerah...kata ibu....ibu hairan mengapa aku bertukar menjadi cerah dengan secepat itu..korang rasa kenapa yer......????????????????????? itu kan kuasa yang maha esa....aper yang nak hairan kan....sebab dalam AL_QURAN  ada menyatakan kata-kata ALLAH..yang berbunyi 
(KUN FAYA KUN)...ertinya JADI MAKA JADILAH...............dan aku diberi nama 
MUKJAZZIN BIN HELMI